Demo Site

18 April 2010

TAHNIAH!

Alahmdulillah, tahniah diucapkan kepada semua warga Taska Permata Kemas Kg Semerah Padi Fasa 1 kerana Taska ini telah memenangi Pertandingan 3K peringkat Negeri Sarawak dan akan mewakili negeri Sarawak dalam Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada April 2010. Berita gembira ini telah disampaikan oleh PKD Daerah Kuching iaitu Encik Mohd Tahir b Abdul Rahman dalam satu majlis perjumpaan khas semua Pemaju Masyarakat Taska dan Tabika N7 pada 13 April 2010.

Dalam ucapan dan amanatnya, Encik Mohd Tahir berharap agar Taska Permata Kemas Kg Semerah Padi Fasa 1 dapat melengkapkan diri dan bersedia untuk pertandingan ini. Disamping itu, beliau berharap, tabika lain menjadikan Taska Permata Kemas Semerah Padi dijadikan benchmarking untuk semua Tabika Kemas di kawasan N7 dan Petra Jaya amnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu Kemas

Kemajuan Masyarakat
Itulah Teras Utama Kita
Membela Bangsa Membangun Negara
Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari
Membentuk Jiwa Hati Nubari
Bersih, Cekap, Amanah Diri
Semoga Hidup Bererti
Ayuh Bangsaku Bangunlah Bersama
Tampilkan Diri Ke Muka
Turuti Segala Rancangan Kita
Dengan Azam Semangat Waja

Pelbagai Usaha Dilaksana
KEMAS Wujud di Merata-rata
Menggerak, Mendorong, Masyarakat Kita
Mencapai Hidup Sejahtera

Hubungi Kami

TASKA PERMATA KEMAS
Kg Semerah Padi Fasa 1
Jln Tan Sri Abg Ikhwan
93050 Kuching Sarawak
Tel: 0198660614

Followers