Demo Site

Kurikulum Permata

KURIKULUM PERMATA

Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal.

Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik

Lagu Kemas

Kemajuan Masyarakat
Itulah Teras Utama Kita
Membela Bangsa Membangun Negara
Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari
Membentuk Jiwa Hati Nubari
Bersih, Cekap, Amanah Diri
Semoga Hidup Bererti
Ayuh Bangsaku Bangunlah Bersama
Tampilkan Diri Ke Muka
Turuti Segala Rancangan Kita
Dengan Azam Semangat Waja

Pelbagai Usaha Dilaksana
KEMAS Wujud di Merata-rata
Menggerak, Mendorong, Masyarakat Kita
Mencapai Hidup Sejahtera

Hubungi Kami

TASKA PERMATA KEMAS
Kg Semerah Padi Fasa 1
Jln Tan Sri Abg Ikhwan
93050 Kuching Sarawak
Tel: 0198660614

Followers