Demo Site

Latar Belakang

LATAR BELAKANG TASKA PERMATA KEMAS

TASKA KEMAS Kpg. Semerah Padi Fasa 1 yang dulunya dikenali dengan nama TASKA KEMAS Masyhuri dirasmikan oleh Y.B Datuk Amar Sulaiman bin Haji Daud pada 27 November 1999. Majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh ADUN N7 Semariang pada ketika itu iaitu Yang Berhormat, Hjh Dona binti Babel. TASKA KEMAS ini adalah dibawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KEMAS ).

Objektif penubuhannya adalah untuk memberi pendidikan awal prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur dua(2) hingga empat (4) tahun disamping membantu golongan yang berpendapatan rendah memberi asuhan yang lebih sempurna kepada kanak-kanak. TASKA ini pada mulanya dikendalikan oleh dua (2) orang Pemaju Masyarakat Taska iaitu Puan Syamsiah binti Mohamad dan Puan Zalina binti Bakar sejak ianya mula ditubuhkan pada November 1999. Manakala pada tahun 2005, seorang lagi Pemaju Masyarakat Taska ditempatkan iaitu Cik Junainah binti Suhaili. Bagi menampung keperluan Taska, pihak Taska telah mengambil seorang pembantu sukarela iaitu Puan Nor Azura binti Bakar bagi membantu Pemaju Masyarakat Taska dalam pengurusan kelas Taska.Namun begitu, sejajar dengan keperluan TASKA PERMATA KEMAS , kini dalam tahun 2010 seorang lagi Pemaju Masyarakat Taska iaitu Cik safarina bt. Sepiji di tempatkan d Taska ini..

Pada awal penubuhannya, hanya 4 orang kanak-kanak yang mendaftar di Taska ini. Walau bagaimanapun, jumlah ini meningkat kepada 25 orang pada tahun 2003. Namun begitu, atas nasihat dari Ibu Pejabat KEMAS Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pengambilan kanak-kanak dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Yuran pendaftaran masuk adalah sebanyak RM10 dan yuran bulanan sebanyak RM60 sebulan. Bagi yuran fardhu ain, saguhati diberikan kepada Ustazah Hairunisah binti Yusuf sebanyak RM5 seorang bagi kanak-kanak yang beragama islam. Kelas fardhu ain diadakan pada setiap hari Jumaat pada jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Kelas TASKA KEMAS bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang penubuhan Taska ini. Dalam pertandingan 3K yang bermula pada tahun 2006, Taska ini telah berjaya mendapat tempat pertama tiga (3) tahun berturut-turut bagi Zon Kuching. Namun begitu, bagi peringkat Negeri Sarawak, Taska ini hanya berjaya mendapat tempat ketiga dalam tahun 2008 yang lepas.

Disamping itu, penglibatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) juga mengadakan Pertandingan Keceriaan dan Landskap yang mana Taska ini hanya berjaya mendapat saguhati antara Tabika seluruh kawasan N7 Semariang.

Pada penghujung 2009, TASKA ini telah diubahsuai dan dinaiktaraf menjadi TASKA PERMATA KEMAS. Kurikulum Permata digunakan disamping kemudahan lain yang telah dinaiktaraf bagi memenuhi kehendak pendidikan berpandukan kurikulum TASKA PERMATA KEMAS.

Lagu Kemas

Kemajuan Masyarakat
Itulah Teras Utama Kita
Membela Bangsa Membangun Negara
Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari
Membentuk Jiwa Hati Nubari
Bersih, Cekap, Amanah Diri
Semoga Hidup Bererti
Ayuh Bangsaku Bangunlah Bersama
Tampilkan Diri Ke Muka
Turuti Segala Rancangan Kita
Dengan Azam Semangat Waja

Pelbagai Usaha Dilaksana
KEMAS Wujud di Merata-rata
Menggerak, Mendorong, Masyarakat Kita
Mencapai Hidup Sejahtera

Hubungi Kami

TASKA PERMATA KEMAS
Kg Semerah Padi Fasa 1
Jln Tan Sri Abg Ikhwan
93050 Kuching Sarawak
Tel: 0198660614

Followers