Demo Site

18 April 2010

Pelancaran 5S & Gotong Royong 3K


17 April 2010, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kita telah berjaya menganjurkan satu lagi aktiviti yang terkandung di dalam takwim 2010 iaitu Pelancaran 5S dan Gotong Royong 3K. Sambutan dari ahli JKuasa Taska dan penglibat ibubapa/penjaga amat memuaskan sekali. Kehadiran Ketua Kaum Kg Semerah Padi Fasa 1 menambahkan semarak lagi majlis tersebut.

Antara atur cara majlis pada hari tersebut adalah;


  • Bacaan doa

  • Nyanyian lagu kebangsaan

  • Ucapan Alu-aluan Cik Safarina bt Sepiji

  • Ucapan Perasmian oleh Ketua Kaum Encik Ahmad Hj Amin

  • Gotong royong

  • Jamuan ringan
JKuasa dan ibubapa telah dibahagikan kepada 3 Zon utama. Zon A dinamakan Mercedes, Zon B dinamakan Volvo dan Zon 3 dinamakan BMW.

Apapun, kami berpuas hati dengan sambutan, semangat dan kerjasama ibubapa dan ahli Jkuasa yang sanggup meluangkan masa hari Ahad bersama kami menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama ini akan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Catatan: Gambar akan diupload kemudian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu Kemas

Kemajuan Masyarakat
Itulah Teras Utama Kita
Membela Bangsa Membangun Negara
Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari
Membentuk Jiwa Hati Nubari
Bersih, Cekap, Amanah Diri
Semoga Hidup Bererti
Ayuh Bangsaku Bangunlah Bersama
Tampilkan Diri Ke Muka
Turuti Segala Rancangan Kita
Dengan Azam Semangat Waja

Pelbagai Usaha Dilaksana
KEMAS Wujud di Merata-rata
Menggerak, Mendorong, Masyarakat Kita
Mencapai Hidup Sejahtera

Hubungi Kami

TASKA PERMATA KEMAS
Kg Semerah Padi Fasa 1
Jln Tan Sri Abg Ikhwan
93050 Kuching Sarawak
Tel: 0198660614

Followers