Demo Site

24 Mac 2010

PEMANTAUAN 3K PERINGKAT NEGERI

Sepasukan pemantau untuk Pertandingan 3K peringkat Negri telah datang ke Taska Permata Kemas, Kg Semerah Padi Fasa 1 diketuai oleh Encik Wan Assim b Wan Sheikh. Pemantauan bermula pada jam 1.30 petang. Kedatangan mereka disambut oleh Ketua Kaum Kg Semerah Padi dan barisan Ahli JKuasa Taska Permata Kemas Kg Semerah Padi yang diketuai oleh Encik Mohamad Taufik b Ampik.

Diharapkan dengan adanya pemantauan seumpama ini, segala kelemahan dapat diatasi dan segala kelebihan akan dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Antara saranan Encik Wan Assim dalam ucapannya, semua pihak bekerjasama dalam memelihara dan memulihara yang sedia ada. Disamping, beliau berharap agar JKuasa Taska Permata Kemas Kg Semerah Padi dapat bekerjasama dengan Kemas untuk bersama-sama membantu dalam membuat pemantauan dari masa ke semasa agar penambahbaikan dapat dilakukan.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa TASKA Bil 1/2010

Makluman kepada semua Ahli Jawatankuasa Taska Permata Kemas Kg Semerah Padi Fasa 1, Kuching. Mesyuarat Jawatankuasa Taska Pemata Kemas Bil 1/2010 akan diadakan pada;

Tarikh: 18 Mac 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat: Bangunan Taska Permata Kemas

Kerjasama semua Ahli Jawatankuasa adalah diharapkan agar dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

08 Mac 2010

PENGHAKIMAN 3K

7 Mac 2010, beberapa pegawai dari Kemas telah menjalankan penghakiman pertandingan 3K di Taska Permata Kemas. Diharapkan agar pada tahun 2010 ini, Taska Permata Kemas mampu bersaing dengan taska lain untuk mewakili bahagian Kuching dalam Pertandingan 3K peringkat negeri.

Penghargaan dan terima kasih kepada semua PM Taska, ibubapa/penjaga serta ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama menbantu dalam penyediaan taska untuk pertandingan ini.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

07 Mac 2010

GOTONG ROYONG SIRI 1/2010












































Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana perancangan untuk mengadakan gotong royong siri 1/2010 telah berjaya dilaksanakan pada 7 Mac 2010. Ucapan Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa Taska, ibubapa/penjaga kanak-kanak dan orang perseorangan yang telah hadir memberikan sokongan yang padu dalam menjayakan program gotong royong ini. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Taska Permata Kemas, Kg Semerah Padi Fasa 1 Kuching. Diharapkan, dimasa akan datang, program seumpama ini akan diadakan lagi dan diharapkan lebih ramai yang terlibat. Terima kasih semua.

06 Mac 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H dari admin Taska Permata Kemas kepada seluruh umat islam.

GONG XI FA CAI

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2010 "Gong Xi Fa Cai and Happy New Year" kepada semua warga Tionghua di seluruh Malaysia. Semoga kita semua dapat merayakan perayaan ini dalam semangat harmoni dan semangat 1 Malaysia.

Gong Xi Fa Cai ...... ang pau lai le ! .....

BENGKEL KEIBUBAPAAN PM TASKA & PM TABIKA

Bengkel Keibubapaan PM Taska dan Tabika KEMAS telah diadakan pada 13 Februari 2010 yang lalu bertempat di Tabika Kemas Semariang Batu.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi persediaan kepada PM Taska dan PM Tabika Kemas sebelum menganjurkan bengkel seumpamanya kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak Taska dan Tabika masing-masing.

Selamat Kembali Ke Sesi 2010

Salam 1 Malaysia

Selamat kembali ke TASKA PERMATA KEMAS, Kg Semerah Padi Fasa 1 kepada warga pendidik dan kanak-kanak TASKA bagi memulakan sesi persekolahan 2010. Kami mohon maaf kepada semua ibubapa/penjaga kanak-kanak di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan yang mana terpaksa menumpang sementara Bilik Gerakan Jawatankuasa Gerakan Kampung disebabkan kerja-kerja menaiktaraf TASKA masih belum siap sepenuhnya. Diharapkan semua ibubapa/penjaga memahami masalah ini dan bersabar. Kami menjanjikan perkhidmatan dan layanan yang baik kepada kanak-kanak sesi 2010.

Lagu Kemas

Kemajuan Masyarakat
Itulah Teras Utama Kita
Membela Bangsa Membangun Negara
Agar Maju dan Jaya

Berinisiatif, Berdikari
Membentuk Jiwa Hati Nubari
Bersih, Cekap, Amanah Diri
Semoga Hidup Bererti
Ayuh Bangsaku Bangunlah Bersama
Tampilkan Diri Ke Muka
Turuti Segala Rancangan Kita
Dengan Azam Semangat Waja

Pelbagai Usaha Dilaksana
KEMAS Wujud di Merata-rata
Menggerak, Mendorong, Masyarakat Kita
Mencapai Hidup Sejahtera

Hubungi Kami

TASKA PERMATA KEMAS
Kg Semerah Padi Fasa 1
Jln Tan Sri Abg Ikhwan
93050 Kuching Sarawak
Tel: 0198660614

Followers